SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Panggil saya "abang ustaz"
Saturday, February 21, 2009
سلام شهداء

Sungguh aku bersyukur ya Allah atas segala nikmat yang kau beri pada hambaMu yang hina dina ini. Hari ini saya masih lagi dapat menghirup udara segar dan dapat menikmati erti hidup dalam ruang waktu yang semakin menghimpit diri. Saya ingin singgah sebentar di sini, sekadar mencatat aktiviti sepanjang waktu tawaqquf menuggu natijah imtihan yang dijangka keluar pada bulan Mac ini. Moga-moga kebahagian Allah anugerahkan kepada saya dan sahabat tatkala menerima keputusan nanti. Ameen.

November- Disember 2008

Pada jamuan akhir tahun pelajar STAM hari tu, ustazah ada menawarkan pekerjaan kepada saya dan seorang sahabat dengan sebuah perusahaan suaminya itu. Saya tidak melengahkan waktu untuk memberi keputusan menerima tawaran tersebut, sebaliknya saya terus sahaja menelefon suami ustazah berkenaan dengan kekosongan pekerjaan yang ditawarkan itu. Alhamdulillah, saya diterima bekerja sebagai staff dengan syarikat perunding motivasi ini. Saya bekerja dengan sepenuh hati saya selama berada di sini. Dalam tempoh saya bekerja ini, ada kalanya saya datang pada waktu malam semata-mata tanda komitmen untuk bekerja di sini. sememangnya saya amat gembira dapat berkhidmat sebagai seorang pekerja kepada Tuan yang saya hormati dan kagumi dengan peribadinya. Pernah saya bermalam beberapa kali di pejabat ini. Pernah juga saya bekerja sehingga jam 4.30 pagi menyiapkan tugasan di sini.

Tapi saya tidak lama berada di sini, tanggal 27 Disember saya membuat keputusan meletakkan jawatan serta-merta di pejabat ini. Sewaktu saya menulis surat letak jawatan, air mata saya tidak berhenti-henti mengalir, saya melakukan solat istikharah dua rakaat agar Allah menunjukkan jalan terbaik kepada saya. Saya amat sayang dengan pekerjaan ini, tapi saya tiada jodoh untuk terus berada di sini, sebelum saya menghantar surat letak jawatan, saya membuat panggilan telefon kepada ummi. Alhamdulillah nasihat ummi mendorong saya untuk gagah mengirim surat letak jawatan. Saya tak sanggup berhadapan dengan ustaz, kerana betapa banyak kebaikannya kepada saya selama bekerja di sini, saya malu dengannya, malah tak berupaya menahan rasa sebak saya kerana nilai ukhuwwah bersamanya baru sahaja berputik. Tapi saya tidak dapat lagi memberi komitmen untuk terus bersama bekerja di sini, ada perkara lain yang menyebabkan saya tidak harus lagi duduk di sini. Kerana tugas saya semakin mencabar selepas pada ini.

Awal Januari 2009

Saya bertungkus lumus bersama petugas PAS kawasan Machang membantu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Selama berada di sana banyak kenangan manis yang menyebabkan rindu untuk ke sana semula. Kami ditugaskan untuk berkhidmat di Cabang Tiga Losong dan Sekolah Rendah Sri Nilam. Alhamdulillah, Allah memberi kemenangan kepada kami di Kuala Terengganu.

Pulang dari K. Terengganu, saya mendapat panggilan daripada ustaz Fitri untuk memenuhi kekosongan jawatan warden di sekolahnya, saya menolak dengan alasan saya tak sanggup meberi komitmen untuk bertugas di sana, Alhamdulillah kawan saya bersedia pula untuk bekerja di situ menggantikan saya.

Dalam tempoh ini juga, permohonan saya untuk mendapatkan tajaan mengerjakan umrah bersama dengan rombongan kami diterima oleh pihak penaja. Alangkah gembiranya saya, kerana impian saya sejak dari dulu lagi bakal ditunaikan dan doa saya berterusan hampir setahun yang lalu bakal dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Saya teringat doa saya sewaktu meminta untuk menunaikan umrah, :

"Ya Allah, aku memohon berilah aku peluang untuk menjadi tetamu Mu di dua tanah haram ini, kerana aku sangat rindu untuk menziarahi Rasulullah (maqam nabi), kerana aku sangat mencintai kekasihMu itu, berilah aku peluang untuk merasai melaksanakan ibadah umrah di sana, Ya Allah, terimalah aku sebagai penuntut ilmu di bumi suci ini kerana mahu keberkatan ilmu dan mahu faqih dalam agamaMu"


InsyaAllah, kalau tiada aral melintang saya bersama rombongan akan ke sana pada hujung bulan Mei nanti. Rupa-rupanya niat untuk saya bekerja keras agar dapat kewangan untuk ke sana dimudahkan oleh Allah apabila diberi tawaran penajaan untuk ke sana. Allah Maha Mengetahui setiap urusan hambaNya. Alhamdulillah Wasykurlillah. Satu lagi yang saya pohon apabila dapat ke sana, biarlah saya dimudahkan pula untuk belajar di sana. Ameen.


Akhir Januari

Tatkala sedang sibuk menguruskan perihal umrah, pada suatu malam saya mendapat satu panggilan telefon penting. Panggilan itu milik Ustaz Rodzlee, melalui awal perbualannya saya dapat merasakan ada benda penting yang ingin disampaikan. Mulanya dia bertanya tentang keputusan Bahasa Arab Tinggi SPM, saya memaklumkan bahawa saya dapat A1 dalam madah tersebut, akhirnya dia menyuruh saya membawa segala dokumen penting ke sekolah esok untuk urusan pengajian ke Kuwait. Terkejut beruk saya! saya mengangguk tanda berminat untuk ke sana, walaupun saya tahu ustaz tak nampak saya anggukkan kepala.
Keesokan harinya, Ustaz Ramli Din membawa saya berjumpa dengan ustaz Rosli Ismail, Pengetua MSMP. Tahulah saya bahawa ustaz inilah yang menguruskan segala urusan pengajian saya ke Kuwait. Selama dua hari saya berulang-alik ke Syamsul Maarif Pulai Chondong untuk urusan ini. Setelah segala urusan pasport dan terjemah sijil selesai, saya kini menuggu detik keputusan untuk belajar di sana. Di minda saya sekarang sedang asyik memikirkan susana pengajian di sana. Harap-haraplah saya diterima untuk belajar di sana. Tapi saya tidak memberi harapan tinggi, cukuplah sekadar berdoa setelah saya berusaha sekadar yang mampu. Alhamdulillah, kenapa lah mencurah-curahnya rezeki Allah kepada saya. Saya insaf, bahaw saya perlu menyedari bahawa diri ini memerlukan perubahan diri jika benar untuk menampung tugas besar yang bakal menanti ini.

Februari 2009

Setelah hampir sebulan saya menganggur, saya mendapat peluang untuk bertugas sebagai guru pembimbing di Qiraati Al-Hikmah, Batu 23, labok. Kini saya berulang-alik setiap petang dan malam mengajar di situ. Alhamdulillah, semoga upah yang akan saya perolehi dapat menampung duit poket untuk menunaikan umrah bulan Mei nanti.


Abang Ustaz

Pada hari Khamis yang lepas, saya mendapat panggilan telefon daripada Ustaz Fitri, mudir Ahmadiah Banggol Judah. Sungguh saya tak sangka, ustaz kesayangan saya ini memberi tawaran untuk mengajar sebagai guru ganti di sekolah tersebut. Saya tergamam antara mahu terima atau tidak, saya tidak boleh lagi menolak kerana dulu saya sudah meno;ak tawarannya untuk menjadi warden asrama.

Akhirnya saya ke sana melapor diri sebagai ustaz. Merah padam muka saya kerana pertama kali bermesyuarat bersam guru-guru di sekolah tersebut. Saya diberi tugas sebagai guru SPBT, dan mengajar madah PEndidikan Islam, Tauhid, Feqah dan Tarikh Islam untuk pelajar tingkatan satu dua dan tiga. Smeoga Allah mempermudahkan urusan saya.

Alhamdulillah, bertambah lagi pengalaman saya. Saya akan mulai mengajar hari Ahad ini, entahlah bagaimana ingin menghadapi telatah murid sekolah menengah.

Dan saya baru dapat idea bahawa saya tidak mahu dianggap ustaz cukuplah saya dipanggil dengan gelaran baru, "abang ustaz". Okey, semoga saya cemerlang sebagai seorang abang ustaz kepada anak murid yang mungkin saya akan panggil adik sahaja.Cayyok!!!!


Labels:

posted by tok pulai chondong @ 12:31 AM   1 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com