"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Khamis hari keempat Ramadhan saya kembara ke kota serambi Mekah untuk merasai suasana Ramadhan di sana. Tempat utama saya ialah Qaryah Ramadhan di Dataran Stadium Sultan Muhammad. Di sana disediakan khemah untuk solat tarawih. Saya sampai di sana ketika masuk waktu berbuka, saya berbuka di sana dan solat jemaah maghrib di dalam khemah berhawa dingin.
Waktu yang ditunggu ialah solat Isya' dan tarawih kerana diimamkan oleh dua orang Imam dari Mesir. Alhamdulillah saya sungguh bertuah dapat bersama solat dengan dua orang syeikh hafiz dari Mesir. Sayu perasaan saya mendengar alunan ayat Quran yang dibaca oleh syeikh ini. Selepas solat tarawih, Syeikh Mesir ini diberi ruang untuk mengalunkan ayat Al-Quran.Alhamdulillah saya dapat bergambar bersama Syeikh Rejab Al-Fayyumi, kenangan yang paling manis yang pernah saya lalui.
Saya berpeluang bermalam di Qaryah Ramadhan dan keesokan hari saya dapat pula solat subuh berjemaah dan dapat mendengar tazkirah dari Syeikh Rejab. Antar kandungan tazkirahnya ialah teguran terhadap perangai orang Kelantan yang solat berjemaah tetapi tidak mengikut Imam.
Kemudian kembara saya seterusnya ialah ke Masjid Besar Kubang Kerian untuk khidmat diri. Seusai khidmat diri saya ambil masa untuk menghafal madah soraf di masjid sana. Suasana tenang membolehkan saya menghabiskan satu tajuk madah tersebut.
Jam 8.30 pagi saya bergerak ke Medan Ilmu, untuk mendengar kuliah Jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru, di sana saya dapat duduk dalam khemah bersama tok Guru mendengar kuliah.
Indahnya Ramadhan dipenuhi dengan aktiviti berguna......