SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Dan Sebuah Pekerjaan
Saturday, December 06, 2008

Lama tidak melaksanakan tuntutan minda dan jiwa, untuk menulis catatan hidup. Saya mahu catatan ini memberi makna dalam hidup saya. Moga-moga ia menjadi satu monumen sejarah yang penting dalam kehidupan saya.
Saya sebenarnya mahu menceritakan tentang kehidupan saya setelah selesai tanggungjawab bergelar pelajar di maahad. Saya kini menjadi seorang pekerja dan bukan lagi beruniform sekolah. Benarlah, kehidupan saya sudah sedikit berubah. Beban menjadi seorang pelajar bertukar kepada menjadi seorang pekerja, disamping menjadi seorang guru. Guru kepada anak-anak kecil yang ingin celik Al-Quran.

Sekarang baru saya dapat menghayati tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Sehari suntuk saya bertungkus lumus di tempat kerja. Bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang saya terkurung di sebuah pejabat di Kok Lanas. Kemudian Jam 7 malam hingga 9.30 malam saya bertungkus-lumus mendidik anak-anak kecil di kelas Iqra & fardu Ain di Labok. Begitulah kehidupan seharian saya, begitu sibuk, sehingga tiada waktu yang mencukupi untuk berehat. Jadual yang agak ketat ini mendorong saya untuk mengurus waktu dengan baik.

Alhamdulillah, pertama saya nak mengucapkan terima kasih kepada ustazah yang merekemenkan saya bekerja dengan suaminya itu. Saya tak sangka dapat berguru dengan kedua-dua pasangan yang hebat ini.(kalau ada baca sila naikkan gaji okey).

Saya sebenarnya masih kabur apa tugas saya di sini. Saya belum diberi "bayan" tentang tugas-tugas saya. Cuma yang saya tahu, saya diberi sebuah ruang kerja yang besar siap dengan kemudahan pc dan streamyx. Setiap pagi tugas saya adalah membuka pintu pejabat dan mengemas ruang pejabat. Pekerja ustaz setakat ini saya seorang sahaja. Sungguh sunyi, dari pagi ke petang teman saya adalah komputer di depan mata. Ustaz memang selalu ada, tapi selalu juga tiada. Cuma yang saya tahu sekarang saya bekerja di sebuah syarikat yang mengusahakan pelbagai kerja. Pertama syarikat ini adalah sebuah consultant ataupun syarikat perunding motivasi. Syarikat ini juga pengedar produk kesihatan. Syarikat ini mengurus Pusat Latihan. Syarikat ini juga sedang membangunkan sebuah Yayasan. Syarikat ini juga adalah sebuah ejen saham bank Al-Rajhi. Ia itulah yang saya dapat sedikit maklumat daripada profile syarikat ini. Cuma yang agak meletihkan hanya saya seorang sahaja pekerja pejabat dan seorang lagi bekerja di bawah pejabat, stokis kesihatan.

Saya baru selesai menghadiri Program penghayatan kakitangan MPKB. Sungguh tak disangka saya menjadi pembantu fasilitator untuk sebuah program yang besar ini, sungguh banyak pengalaman yang dapat saya timba. Sebelum program saya bertungkus lumus membantu ustaz menjayakan program ini. Memang meletihkan minda dan fizikal. Saya sekarang ditugaskan membuat laman web syarikat. Saya belum mahir menggunakan software mencipta laman web. Sekarang saya belajar perlahan-perlahan melalui buku-buku yang ada di rumah.

Semoga saya diberikan kekuatan untuk terus berkhidmat di sini bersama dengan seorang boss, yang saya lihat memenuhi ciri-ciri seorang mukmin profesional, fikrah haraki dan pendakwah yang tegar. Saya belajar perlahan-lahan ilmu pengurusan, Alhamdulillah, sekali lagi terima kasih ustazah merekemenkan saya bekerja di sini. Terima kasih kepada ustaz memberi kepercayaan mejadi pekerjanya. InsyaAllah, saya cuba hayati perlahan-lahan prinsip UMI & 5 KAF itu.

Sebelum saya lupa, saya juga kini seorang ustaz kepada anak-anak kecil. Sungguh seronok rupanya mendidik mereka yang masih suci daripada dosa ini. Saya cuba pelbagai pendekatan untuk mendidik anak-anak ini. Tapi saya akui bahawa saya lemah dalam bidang pedagogi ini. Cuma anak-anak murid masih menerima saya sebagai seorang ustaz yang baik hati dan tegas. Allah, begitu aku gembira berada dalam suasana ini.
Cuma satu perkara yang masih belum saya lakukan, iaitu bilakah waktu untuk saya tafaqquh fiddin? Ya Allah beri ruang untuk saya belajar sebelum saya menjejaki bumi Anbiya'. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Labels: ,

posted by tok pulai chondong @ 12:38 AM   0 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com