"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
"Tetapi malangnya sehari sebelum pertandingan tiba-tiba mudir membatalkan penyertaan untuk menyertai perbahasan ini. Itupun ustazah yang memberitahu kepada saya, saya pun apa lagi bertanyalah kenapa. Ustazah tu jawab, "Mudir tak mahu jadi tuan rumah dan Maahad Amir Indera pun tak sanggup jadi tuan rumah, jadi terpaksalah kita tarik diri," jawab ustazah dengan nada yang bersahaja. Saya pun apa lagi terus naik darah dan saya bertanya, "Kenapa kita perlu tarik diri ustazah!" Saya sedikit melenting.
"Anta tanya la sendiri pada mudir."
"Ustaz, kenapa kita kena tarik diri?" Saya semacam menyergah kepada ustaz sambil berharap agar ustaz tidak jadi menarik diri dalam pertandingan ini. Dan jawapan daripada seorang ustaz yang amat saya kagumi begitu mrenghancurkan perasaan saya. Katanya, "Masuk tanding pun kalah juga, baik tak payah masuk." Dan kata-kata ini mengakhiri harapan saya yang begitu teruja untuk menyertai perbahasan ini. Saya menunggu 2 tahun untuk menyertainya tapi sayang nasib tidak menyebelahi saya.
Sejak dua peristiwa itu saya nekad mengakhiri karier saya dalam bidang syarahan atau apa-apa pertandingan . Perbahasan, tafsir ayat Quran, multimedia dan berkhutbah. Semuanya itu saya lepaskan walaupun terasa benar ingin menyertainya.(catatan peristiwa 2006)
Dialog di atas berlaku 3 tahun yang lalu. Semasa saya di tingkatan lima. Peristiwa yang menyebabkan saya menamatkan bidang seni pengucapan awam. Keputusan saya untuk tidak menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan adalah keputusan yang agak menyakitkan. Bidang yang saya terokai sejak sekolah rendah lagi.
Tetapi kerana peristiwa debat bahasa arab itu, saya merubah arah. Saya menggantungkan bakat saya untuk suatu masa yang lama. Sejak hari itu, suara lantang saya di atas pentas hilang. Guru-guru hairan kenapa saya menolak semua tawaran pertandingan syarahan.
Sehinggalah saya berada di bumi ini. Perasaan ingin berada di atas pentas kembali membuak. Saya mula terfikir untuk menamatkan konfrantasi saya dengan dunia syarahan.
Terima kasih kepada Unit Debat FSU, kerana memberi peluang untuk saya menunai impian lama seterusnya mengasah kembali bakat saya dalam bidang ini. Sepatutnya saya taklah layak menganggotai team debat arab FSU. Tetapi memandangkan ramai yang berkemampuan menarik diri, maka saya adalah baki yang berminat dan bersemangat untuk menyertai Debat Arab Piala NC.
Akhirnya tamat sudah konfrantasi saya dengan dunia ini. Saya berhabisan menggunakan peluang yang ada melakukan yang terbaik. Kesimpulan daripada hakim yang mengadili sepanjang pertandingan ini, saya seorang emosi dan dinasihatkan untuk mengawal emosi.
Saya tak kisah. Kerana orang yang emosi adalah orang yang banyak kasih-sayang. Itu kata Dr Fadzilah Kamsah. Jadi biarlah saya terus beremosi untuk terus memberi kasih sayang itu.
Bahasa Arab adalah bahasa syurga, bahasa Al-Quran dan bahasa para nabi. Debat adalah salurannya untuk menguasai dan mempraktikkan bahasa mulia ini. Saya mencintai bahasa arab kerana di dalamnya penuh dengan kalimah wahyu yang indah dan bermakna.
Dengan nahu yang berterabur, kalimah yang sedikit kami berperang melawan kumpulan dari fakulti lain. Team kami dikalahkan oleh team FPBu pada pusingan pertama. Team yang terkenal dengan kemahiran bahasa arab dan delegasi Jordan. Tapi kami mengalahkannya pada pusingan suku akhir. Cukup puas, menang ke atas team kuat.
Kami ke separuh akhir tanpa persediaan. Tiada dalam fikiran kami untuk melangkah sehingga ke separuh. Bertemu pula dengan group FPQS yang terkenal dengan budak Iraq, Mahmoud. Kami kecundang di sini tapi puas kerana kecundang dengan budak arab. Saya berangan kalau Mahmoud tak masuk, mungkin seteru akhir kami adalah group FSU B. Group otai. Tapi itu sekadar angan-angan.
Menang kalah adat perlawanan. Pusingan hidup sementara, yang menang tak kekal dengan kemenangannya, dan yang kalah tidak terus dengan kekalahan.
Saya gembira dengan pertandingan ini. Cukup menenangkan hati. Gembira bukan kepalang, bila impian dapat direalisasikan.
Keluarga debat arab, nama baru dalam catatan saya. Didikan dari keluarga ini, banyak manfaat kepada saya. Segedung ilmu diperolehi daripada mereka.
Peristiwa 3 tahun lepas itu saya renung kembali. Penuh hikmah. Terima kasih ustazah dan mudir. Kalian inspirasi untuk saya kembali ke dunia ini.
P/s: Dunia blog saya penuh dengan catatan jiwa. Kerana membentuk manusia itu bermula dari jiwa. Wahai hati-hati yang tenang, kembalilah kepada keredhaan Tuhan mu....Sutera Indah. 2.50 a.m