SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Menadah Syarahan Dua Ulama' Dunia
Tuesday, December 29, 2009



Salam syuhada'

Faktor utama saya tidak mahu belajar di dalam negara ialah tidak ada peluang untuk bertemu ulama' dunia. Tapi apabila Allah telah takdirkan saya belajar di bumi Iqra' (USIM) saya tabahkan hati untuk terus belajar dan diajar di sini. Sambil saya akui saya tidak mungkin sempat untuk menadah ilmu dengan ulama' muktabar. Impian saya terperuk di jiwa dengan perasaan gundah moga Allah memberi rezeki yang baik bila belajar di sini.

Alhamdulillah, seusai program LSP, saya berkampung di Sutera Indah selama beberapa hari bila mendapat khabar dua ulama' dunia akan turun ke Kuala Lumpur. Saya mempersiapkan motor saya untuk ke Kuala Lumpur.

Ulama 1 - Prof Dr Tareq Ramadhan (University Oxford)

Dengan bantuan seorang kawan dan Encik Google Map saya akhirnya sampai ke Bukit Kiara degan menunggang motor semata-mata untuk mendengar syarahan seorang ulama' terkemuka. Beliau adalah Prof Dr Tariq Ramadhan, Pensyarah Fakulti Theology, University Oxford.

Mungkin anda mengenali Dr. Said Ramadhan Al-Bouti, penulis buku Fiqh Sirah terkemuka. Jadi Dr Tareq adalah anak kepada Al-Bouti dan cucu kepada As-Syahid Hassan Al-Banna. Subhanallah, akhirnya saya dapat melihat cucu kepada pejuang syahid ini. bukan sahaja melihat tapi mendengar syarahan beliau. Apatah lagi syarahan beliau adalah sempena dengan peringatan kepada perjuangan seorang ulama terkemuka Mohd Asad Rahimullah.

Mohd asad adalah seorang yang berbangsa Yahudi kemudian memeluk Islam, sehingga akhirnya menjadi ulama' dan sempat menulis terjemahan tafsir Al-Quran kepada bahasa Inggeris. Buku "The Road To Mecca' adalah catatan perjalanan beliau bertemu hidayah Islam sehingga menjadi ulama' yang hebat.

Saya sebenarnya begitu tertarik dengan syarahan beliau berkenaan galakan pemikiran kritikal (Critical thinking) dan mendalam (deep thinking) berkenaan dengan ilmu Islam. Katanya golongan Barat menjuarai dalam bidang pemikiraan kritikal ini.

Antara isi penting adalah berkenaan dengan keperluan tajdid, Ijtihad dan masalah taqlid yang berlaku dalam dunia umat Islam kini serta cabaran pandangan alam semesta terhadap Islam.

Beliau juga menjelaskan sikap umat Islam yang kuat menentang Barat sedangkan pada hakikatnya hubungan antara dunia Barat dan Islam sungguh rapat. Sikap trauma kita terhadap Barat sekaligus merugikan umat Islam. Beliau juga mengajak audiens untuk datang ke Barat melihat sendiri suasana sebenar di sana.

Akhirnya beliau mengajak peserta untuk kembali kepada tauhid dalam segenap perkara yang dilakukan.

Alhamdulillah, sesi syarahan bersama dengan Dr Tareq Ramadhan sungguh memuaskan hati apatah lagi dengan kehadiran Dr Kamal Hassan, Dr Faroq serta Tun Dr Mahathir ke majlis ini. Apa yang menghairankan ramai dikalangan peserta terdiri daripada golongan Sister In Islam (SIS) dengan pemakaian yang santai dan rambut lepas. Subhanallah, ini mungkin kehebatan dan tarikan yang ada pada Dr Tareq Ramadhan.

Akhirnya saya puas dapat bertentang mata dengan ulama' yang merupakan waris kepada Mujadid Ulung- As-Syahid Hassan Al-Banna. Asykurullah.

Ulama 2 - Prof Dr Syed Naquib Al-Attas (Pemegang Kursi Imam Al-Ghazali)

Selesai di sana, pada sebelah petangnya saya bergegas ke Jalan Duta untuk menghadiri satu lagi seminar iaitu Seminar Pengukuhan Tamadun Islam yang dianjurkan HAKIM dan PKPIM. Saya sempat bertanyakan soalan pada Dr Khalif Muamar (ATMA UKM) berkenaan dengan isu tradisi dan modenis. Saya juga melontarkan persoalan yang panas kepada salah seorang panel yang agak kuat mengkritik Barat dalam sudut ilmu. Saya melontarkan persoalan sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Dr Tareq. Ahamdulillah saya puas mendengar syarahan daripada ramai tokoh akademik berkenaan aspek tamadun.
Pada sebelah malamnya, waktu yang dinanti-nantikan oleh semua orang, iaitu Syarahan Perdana yang disampaikan oleh Prof Dr Naquib Al-Attas, ulama tersohor dari Malaysia. Rupa-rupanya sudah empat tahun Dr Naquib tidak muncul dikhalayak ramai menyampaikan syarahan atas faktor-faktor tertentu. Tajuk syarahan beliau adalah Cabaran Dalaman dan Luaran berkenaan Dengan Pandangan Semesta Alam Terhadap Islam.

Banyak perkara yang disampaikan antaranya Shift Paradigm, Understanding Natural Of View dan berkenaan dengan Lost Of Adab. Persoalan Adab merupakan permasalahan umat Islam sekarang untuk maju membina tamadun. Sehinggakan umat Islam tidak tahu untuk meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya.

Beliau juga berbicara tentang ideologi sekularisme yang bercambah dalam dunia umat Islam pada hari ini. Serta berkenaan dengan konsep Islamisasi yangperlu difahami. Saya tertarik pada satu perkara yang disampaikan oleh Dr Naquib, perihal kita yang kurang berbicara tentangRasulullah. Dalam seharian hidup kita berapa kalikah kita berfikir atau berbicara tentang Rasulullah? Satu persoalan berat yang menjadi muhasabah kepada kita semua.

Tamatnya syarahan Dr naquib, peserta terus menyerbu ke atas pentas untuk bersalaman dan bergambar dengannya. Saya juga tidak lepaskan peluang untuk bersalaman dan mencium tangannya, seorang tokoh pemikir yang hebat dan diiktiraf di seluruh dunia.

Alhamdulillah, jam sebelas malam saya bertolak pulang ke Sutera Indah. Akhirnya catatan kembara ilmu berakhir dengan seribu kepuasan dan kesyukuran. Bertemu dua ulama' dunia dalam satu hari merupakan pengalaman yang begitu mengujakan saya. Sampai sahaja di Sutera Indah saya terus lelap. Mungkin kerana minda sudah terlalu letih ditujah dengan banyaknya pengetahuan dua ulama' ini.

Allahumma Faqqihani Fiddin



Labels: ,

posted by tok pulai chondong @ 5:22 PM   2 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com