"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Suasana sejuk masih lagi terasa walaupun beberapa hari lagi Pilihan Raya Kampus di USIM akan berlangsung. Tarikh keramat 21 Januari ini wajib diambil perhatian oleh 5000 warga kampus USIM.
Kenapa saya katakan wajib? Kerana ia adalah soal prinsip, hak, kebajikan dan suara mahasiswa yang satu-satunya didengari dan berkuasa di bumi Iqra' ini.
Undi kalian adalah penentu kepada hak dan kebajikan semua mahasiswa. Di sini saya ingin kongsikan beberapa nota penting untuk calon dan pengundi. Nota Untuk Calon
Wahai pemimpinku,
Jika benar kalian ingin masuk bertanding, ketahuilah saudara sebenarnya sedang memasuki satu kancah perjuangan yang berliku. Ingatlah pencalonan saudara adalah pencalonan untuk menegakkan kebenaran dan menghumbankan kebatilan.
Wahai pemimpinku, jika benar kalian ingin bertanding renungilah dan teladanilah perjuangan junjungan kita Rasulullah S.A.W. Saudara, Rasulullah hampir-hampir sahaja mati kerana diserang dan dicekik oleh sekumpulan musyrikin Mekah sebaik sahaja keluar dari masjidil Haram hanya kerana menerangkan kalimat hak iaitu Islam.
Saudaraku, ingatlah Nabi Muhammad tidak pernah merasa senang sepanjang 23 tahun memimpin perjuangan Islam. Saudaraku, Nabi Muhammad memimpin dengan air mata, darah dan perit peluh perjuangan semata-mata untuk menghapuskan kejahilan masyarakatnya.
Ingatlah kalimah akhir nabi sebelum dicabut nyawanya : "Ummati, Ummati, Ummati..."
Wahai pemimpinku, jika kalian tidak menangis kerana berfikir tentang kebajikan mahasiwa USIM, usahlah kalian bertanding. Kerana pemimpin yang tidak mengasihi rakyatnya adalah berkepentingan diri.
Prihatinlah kepada nasib mahasiswi yang berada jauh di Nilam Court sana untuk datang setiap hari ke kampus. Dengan jaminan keselamatan yang tidak sepenuhnya, bas yang tidak secukupnya, masa yang dibazirkan dan jarak yang jauh itu sudah cukup menyeksa mahasiswi di sini.
Wahai pemimimpinku, pernah kalian menyebut tentang makan minum kami di sini? Jika tidak usah bermimpi untuk bertanding. Pernahkah kalian melihat mahasiswa yang mencatu makanan pagi dan malam semata-mata untuk menjimatkan duit.
Pernahkah kalian mempersoalkan perniagaan buku-buku teks yang mahal di jual di sini? Pernahkah kalian menziarahi mahasiswa yang kebakaran rumahnya, kematian ayahnya dan kemiskinan keluarganya dan merana nasib hidupnya??? Jika tidak batalkan sahaja pencalonan saudara.
Lihat sahajalah surau Sutera Indah, sempit, panas dan tidak selesa bagaikan "hidup segan mati tak mahu."
Dimana perjuangan rohani kalian?? Pernah kalian mendengar suara azan berkumandang di kampus USIM? Pernah saudara bersuara tentang hal ini kepada HEP atau Canselori?
Cukup setakat itu nota untuk calon. Jika tidak mampu, batalkan sahaja pencalonan kalian. Isu di atas hanya untuk calon-calon yang bercita-cita ingin memertabatkan kebajikan mahasiswa USIM.
Ingatlah, sahabat nabi Abu Dzar tidak diberi jawatan oleh Nabi Muhammad kerana Rasulullah sedar ketidakmampuan sahabat untuk memimpin.
Prihatinlah. Think others. InsyaAllah, kami mahasiswa akan mengundi sesiapa sahaja yang ingin memperjuangkan hak kami.
Nota Buat Pengundi
Sahabatku, bakal pengundi perubahan. Berjanjilah, bahawa kalian akan menggunakan hak sebagai pengundi untuk mengundi pemimpin yang begitu layak dan sesuai untuk memegang tampuk kepimpinan mahasiswa USIM. Satu undi kalian untuk perubahan dan kebajikan mahasiswa.
Tahukah kalian, disaat nabi dicekik oleh kaum musyrikin, Abu Bakar lah yang datang menyelamat baginda dari terus diseksa. Kalaulah tiada penyokong dan pembela hebat seperti Abu Bakar, sesungguhnya sungguh sukar untuk baginda berdakwah.
Ingatlah, disaat kematian nabi Muhammad, Umar Al-Khattab la orang yang paling kuat menangis, Abu Bakar pengsan, Ali bertitis air mata dan Uthman berteleku diam. Tengoklah saudara, sahabat-sahabat ini, adalah penyambung, pembela dan penyokong Rasulullah dan kebenaran ajaran yang dibawa Khalilullah.
Ibrah dari kisah nabi, ingin ditafsirkan kepada mahasiswa bakal pengundi. Kalian wajib menyokong dan membela calon pejuang kebajikan mahasiwa. Calon yang berani menyatakan kebenaran dan calon yang akan membina perubahan minda mahasiswa. Kalian wajib memilih calon ini.
Jangan sesekali kalian salah memilih. Jangan nanti pilihan kalian mengundang murka Allah. memilih pemimpin yang benar adalah suruhan Allah, dan mentaati pemimpin yang benar ini juga adalah suruhan allah.
Tegarkah kalian untuk senyap tidak mengundi? Atau menjadi batu yang tidak berguna di kampus USIM. Ubahlah mentaliti mahasiswa yang peduli akan keadilan, kebajikan, dan keintelektualan mahasiswa USIM.
Saudara, saya menulis dengan linangan air mata, merayu agar kalian keluar mengundi untuk kepentingan kita bersama.
InsyaAllah. Pilihan raya kampus ini datang bersama berkah Allah membantu dan membenarkan kata-kataNya: "Negara yang baik, Tuhan yang Maha Pengampun".
Marilah kita jadikan kampus USIM sebagai sebuah kawasan yang dipayungi berkat Ilahi, dengan adanya pemimpin yang takut kepada allah dan menunaikan amanah kepimpinannya.
::21 Januari 2010, tarikh keramat Mahasiswa yang mendokong keadilan dan kebajikan::
Jika kalian bersama saya, sebarkanlah risalah ini.